RahsiaFacebook.my

Siapa Saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana melayari MFADHLY Dot Com. Terima kasih buat anda yang tak jemu-jemu singgah ke blog ini.

Biar saya perkenalkan diri saya dahulu.

Saya, Muhd Fadhly. Ini adalah blog peribadi saya. Saya dilahirkan pada tahun Januri 1981. Mungkin kita pernah berjumpa, atau baru sahaja berkenalan disini.

Dalam ramai-ramai pembaca, anda mungkin merupakan kawan-kawan saya. Kawan-kawan sekolah rendah? kawan-kawan di sekolah menengah? di Universiti, di tempat kursus? di seminar? di tempat kerja ? atau aweks2 saya.

Saya pernah belajar di Sekolah Menengah Sri Mersing, Sekolah Agama Bukit Timbalan, dan Graduasi di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dalam bidang Seni Reka Grafik & Multimedia dan sekarang bekerja di salah satu Agensi Kerajaan yang paling popular masa pembukaan 196o an.

Saya kini telah pun mempunyai keluarga bahagia. Seorang isteri dan seorang anak perempuan yang comel macam ibunya dan anak saya ni suka mengeluarkan bunyi macam menyanyi je…ikut bapa die kot suka menyanyi…

Bagaimana Saya bermula dalam bisnes internet.

Irfan Khairi, Jutawan internet. Melalui buku beliau terdetik hati saya untuk mencuba sesuatu yang saya minat untuk belajar. Waktu itu saya minat betul dengan Google Adsense. Jadi saya mencari ebook adsense antaranya Jana Wang Adsense oleh penulis Munawwar. Waktu itu tidak cukup dengan membaca ebook saya terus  join kelas Munawwar di Shah Alam. Apa yang menarik tentang adsense ni ia tidak memerlukan modal. Pada masa tu saya mencuba-cuba dan akhirnya dapat jugak rasa duit adsense sebanyak $150 dalam masa 3 bulan. Tumpuan pada masa itu hanya adsense saja. So cuba mencari new info adsense ni. Dengan mengeluarkan modal pada masa itu untuk membeli ebook F2R penulis Azzam Ringgit Hit akhirnya berkembang teknik marketing saya dengan menggunakan Yahoo Search Marketing.  Teknik ini cuma kena keluarkan sedikit modal yang boleh cover keuntungan. Tapi kaedah ini mengambil masa yang lama untuk maintain.

Kemudian saya cuba mencari alternatif lain dengan Join JomSeminar di bawah Syed Ikhwan dan Yusri. Waktu ini banyak tricks advance yang saya pelajari walaupun tidak tahu asasnya. Waktu ni saya dapat contact dengan Syed Ikhwan yang mahir bab2 adsense.  Terus belajar personal coaching dengan dia dan akhirnya saya dapat maintan $2-3 sehari. Alhamdulillah teknik video marketing yang dia dedahkan selain long tail keyword memudahkan saya menjana wang dari Adsense.

jomseminar

Adsense dah maintan so mula mencari income lain. So mula membeli ebook Kuasa Lelong penulis Noorizam Shah. Memang best waktu tu ebook boleh dijual dan memang saya dapat untung jualan ebook di ebay. Selepas ebay stopkan jualan ebook , saya mencari alternatif produk lain untuk dijual. So terjumpa sifu lan punya produk terus saya beli ebook Rahsia Sifu Lan ini. Ebook ni pun best pasal menjual produk tanpa simpanan stok dan terbukti memang laku produk ni setelah saya mencuba dan semakin hari ia amat menguntungkan. Penulis ebook ni pun adalah member kepada Noorizam Shah. So masih lagi mencari ilmu dan dapat tahu Noorizam Shah ada buat workshop ebay , pasal minat sangat dengan ebay joinlah dengan workshop ni. Hmmmmm memang best produk yang dijual pun sama dengan Rahsia Sifu Lan. Tapi apa yang membezakan produk mana yang boleh dijual hanya yang join workshop ebay saja yang tahu. Kira dah advance sikit ni bab-bab ebay…

page9

Apapun niat untuk mencari ilmu ini bukan sahaja ada pada ebook tapi kena yakin pada diri sendiri. Saya rasa puas kerana ada kemahiran untuk menjana wang dari internet hanya menggunakan Google Adsense dan Ebay sebagai platform untuk saya success to be Jutawan Internet. Alhamdulillah………..