Mencari Pengalaman Melabur Emas

Tak lama lagi tercapai cita-cita aku untuk melabur dengan emas. Biasanya sebelum aku melabur perlu banyak buat research dan mendalami ilmu emas ni. Pelbagai teknik boleh diaplikasikan dan pelbagai jenis emas yang boleh kita melabur untuk mendapat keuntungan lebih daripada dividen ASB setahun. Sebagai bloggers yang sederhana, rasanya aku ingin berkongsi pengalaman aku memulakan pelaburan emas ni. Rasanya ramai yang nak tahu bagaimana nak memulakan pelaburan emas ni. Semalam 30hb September 2009 (Rabu), aku pergi ke Public Bank Branch Jln Raja Laut dalam pukul 3.45 petang. Disebabkan kaunter nak tutup pukul 4.00 petang, so aku cuma bertanya pasal nak buka GIA atau Gold Investment Public Bank.

Antaranya yang aku tanya berapa modal minima untuk memulakan pelaburan ini. Customer service tu bagitau aku, nak buka akaun ini kena dalam 20gram didarab dengan harga emas semasa yang dirujuk pada website public bank. Itu minima, biasala nak mula dengan modal kecil saja. Untuk penambahan minima cuma 5gram juga ikut harga emas semasa. Jadi apa yang aku plan cuma berdasarkan sumber kewangan aku.
Aku bercadang untuk memulakan modal 20gram dulu dan setiap bulan aku cuma menambah 5gram saja sehingga akaun emas aku mencecah 100gram. Hujung tahun ini aku dapat dividen anggaran kasar dalam RM6000, so aku bole topup ke akaun emas aku… sehinggalah mencapai target aku..hehehehe insyallah, harap-harap pelaburan ini menjadi dalam masa yang singkat….. korang ble dapat info lagi pasal GIA ni dengan melawat www.jutawanemas.com. Banyak info aku belajar dari situ dan juga ebook emas yang banyak mendedahkan jenis-jenis emas yang boleh korang join…
Nak Melabur Emas? Lagi Untung Dari Dividen ASB… Klik Disini…
Psst: Esok 2hb Oktober, aku akan membuka akaun Gold Investment Public Bank.













Leave a Reply