Banner

June 10th, 2009

Teknik Ebay MFADHLY!!!

 

ebayjun

Bermula bulan Jun ini aku semakin yakin dengan ebay. Lihatkan hasil jualan yang baru saja dibuat ahad lepas hanya menggunakan beberapa teknik saja akhirnya aku jumpa bagaimana untuk melariskan produk di ebay dan alhamdulillah memang berkesan. So aku nak berkongsi pengalaman aku ni harap-harap teori ni mungkin sama atau tidak dipandang ebayer yang lain…

Sebelum aku memulakan jualan di ebay, aku cuba dapatkan rating postif sekurang-kurangnya 10 rating. Banyak kelebihan jika dapat rating 10 ni contohnya button ‘BUY IT NOW’. So aku cari produk yang murah pada harga 0.01 hingga 0.10 sen sahaja contohnya ebook. Produk sebegini cepat dapat positif feedback. So setelah aku dapat 10 rating positif so aku mula menjual mousepad sahaja pada mulanya. Mousepad yang aku pilih pun berdasarkan hasil aku belajar dalam ebook Sifu-Lan.

So bagaimana nak buat reseach design mousepad mana yang laku di ebay… Aku cuma rujuk pada teknik Noorizamshah. Korang boleh dapatkan rujukan pada majalah IM beliau di sini. Try Expore ye….

Bagaimana nak letak harga? Aku biasanya letak harga 0.99 sen sahaja dan harga shipping USD5.99 hingga USD6.99. So keuntungan lebih kurang USD4 hingga USD5.

Hari apa nak listing nak pukul berapa? Aku cuma buat listing pada hari AHAD pukul 9.30 malam. Kenapa pukul 9.30 malam? Maybe hari Ahad adalah hari bagi keluarga berkumpul dan hari mereka suka  membeli barang secara online. Setakat ni memang hari itu sahaja aku buat listing.

Berapa nak buat listing? Hmmm aku ikut modal berapa aku ada.. mula-mula aku cuma buat 3 barang je pastu listing 3 kali. Jika tak laku aku tukar design lain sehinggalah produk yang ada dalam store aku produk yang laku sahaja aku jual. Ada otai cakap terus buat listing 100 terus.. hmmm aku tak laratla so aku buat sikit-sikit senang nak maintan janji barang laku.

Bonus penting yang membezakan pesaing anda. Itu yang aku guna contohnya aku beli ebook dan aku bagi percuma kepada pelanggan yang membeli mousepad semasa bagi rating positif

Setakat ni aku gunakan teknik ni… Terapeak belum mencuba lagi pasal kena bayar…. kalau aku dah maintain boleh guna kot… setkat ni bolehla kalau nak cecah 3 angka takde masalah cuma kena usaha dan yakin. Insyaallah boleh berjaya. So kalau korang ada masalah boleh YM aku n aku sedia membantu YM: qunzdesign@yahoo.com. atau hantar soalan melalui contact blog aku ni. Mana yang boleh jawab aku tryla ikut pengalaman aku. Okey Selamat mencuba.

Bookmark and Share

Leave a Reply