Strategi Produk & Harga? Macammana?
Assalamualaikum….
Jenuh gak sebenarnya aku nak wat listing jam ni pasal banyak sangat design yang aku modified semalam..Antaranya isu semasa Gaza Palestine, Obama dll. Huhuhu semua ni aku dah wat research memang boleh terjual sekiranya menggunakan strategi price yang betul. Kebanyakan power seller aku tengok diorang banyak meletakkan harga $0.99.
Bukan apa fees rendah tu. Tapi takpa macam-macam strategi kita boleh gunakan antaranya bonus misalnya beli satu percuma satu ke atau percuma benda lain. Pasal harga kita boleh charge kat shipping. Jangan risau strategi ini boleh dicuba dalam masa yang singkat dah boleh dapat buyer. Percayalah….
Satu lagi tricks ialah menggunakan template yang cun nampak macam pro. Biasalah nak jual barang mesti ada gaya pastu murah plak tu mesti buyer ingat sampai bile2. Tak percaya cuba tryla kalau berani. Memang tak dinafikan kalau kita menggunakan kaedah simple je tanpa ada main colour2 atau template kita boleh letak kedudukan yang sesuai tapi jelas dan paham. Korang boleh tengok kat power seller, diorang gila-gila wat template & banyak bagi barang free.
Apa lagi cuba-cubala….huahuahuahua













Leave a Reply